Monday, 12 December 2011

Gadis Litar??? tidakkkk...!!!!

well.. well... aku mmg laa.... minat kat kete2 nih... sume pengaruh adik beradik... mcm ramai nau jek adik beradik kau kann..?

abg aku laa... slalu provoke aku ngan kete2 nih... dr game, mainan, smpai laa ke live race show..
oh my....! rupenye lame da xmaen need 4 speed! uhukk uhukk....

ok. silakan tgok pic aku g SIC(Sepang International Circuit) nih... nie time awal bulan ritu.. ade MSS.. (M'sian super series)

top : aku order via katalog.. ape brand tah..
pant: no brand. kat mane2 pon bersepah suar nih jual.
tudung bawal: style teen station.
shoes: Bum

p/s: kalau gadis litar sexy doll...!!! ya ampunnn....!! ^_^v

Friday, 9 December 2011

Pengabdian Sempurna.....

Rabiatul Adawiyah
Seorang wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yg merdu dan wajah yg ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki oleh lelaki. Biarpun ulama terbilang dan Sultan datang meminang, Beliau kekal sendiri sehingga berumur 80 tahun kerana cinta hatinya hanya utnNYA.
Rabiah nama sebenar yang bermaksud nombor 4. Ini adalah kerana beliau mempunyai 4 org adik beradik dan sumenye ppuan. Ibu dan ayahnya Ismail al-Adawiy merupakan ulama terkenal di Basrah. Tapi mereka hidup miskin. Sedih bace cite  nih. Time Rabiah lahir, xde kain pon utk membaluti tubuhnya sehinggakan ayah Rabiah terpaksa meminjam kat jiran2 tapi jiran xbg jugak. Pernah lepas ayah beliau bertadarus dan terus tido, ayahnya bermimpi. Rasulullah dtg dlm mimpinya dgn rupa yang sgt indah yang menyatakan bahawa anak yang baru lahir itu bakal menjadi seorang wanita yang terhormat disisi Allah dan RasulNya.

buku nie aku pinjam kat Library Seberang Jaya..
Kagum sgt bile bace kisah Rabiatul Adawiyah ni. 1 mlm je boleh habis bace sebab sgt excited nak tau kisahnye.
1.       Lahir dlm keadaan miskin
2.       Sejak kecil dah menunjukkan sifat, keperibadian yang laen dr. kekanak laen.(masenye byk dihabeskan dgn Allah)
3.       Ibu bapa meninggal dunia dan dijaga oleh 3 org kakak yang amat menyanyanginya
4.       Diculik dan dijadikan hamba. Tapi tuannya insaf setelah pd  suatu mlm t’nmpk Rabiah bermunajat dgn ada cahaya yg sgt terang dlm bilik beliau. Rabiah xpernah marah kalau tuannnya buli nya. Akhirnya dia dimerdekakan.
5.       Mulutnya yang sentiasa berzikir, sentiasa solat, bermunajat.
6.       Pendek kata, setiap masa dihabiskan bersama Kekasihnya.
7.       Menjadi tumpuan ulama kerana ilmunya dan kata2 hikmahnya.
8.       w/pon boleh hidup dgn senang tapi Rabiah tetap hidup secara bersederhana kerana menganggap tidak ade sesuatu pon yang kekal milik kita kerana semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah SWT. Oleh sebab itu beliau mencari kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak.
9.       Part paling best aku bace. pernah 1 mlm rumahnya dimasuki pencuri, tapi pencuri tu xdpt nak amek ape2 dlm rumahnya. Sebab mmg xde pape pon yang ade cume tikar, dan takar minuman. Pastu Rabiah tersedar ade org, pencuri nak lari sbb xdpt amek pape. Tapi Rabiah kate JGNLAH TINGGALKAN RUMAHKU TANPA MENGAMBIL APA2. Pencuri tu kate, mmg xde pape pon nak amek. Rabiah berkate lagik. AMBILKAH TAKAR ITU DAN PERGI KE TEMPAT AIR DAN AMBILLAH WUDUK UTK MENUNAIKAN SOLAT 2 RAKAAT. DGN ITU, KAMU PERGI DARI RUMAH INI DGN MEMBAWA SESUATU. SUBHANALLAH..!!!
10.   Tetap dgn pendirian x nak berkahwin. Sehingga lah ke akhir hayatnya Rabiah tersenyum dgn malaikat maut kerana beliau amat MERINDUI KEKASIH HATINYA.. cinta abadi… ALLAH SWT.



Thursday, 8 December 2011

Patah Seribu

Lirik Lagu Patah Seribu - Shila Amzah

click here to listen


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

 Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

P/s: aku kate::: ''aku PATAH BERIBU-RIBU''... !!! hahahhh!

Tuesday, 6 December 2011

Please Beware:: Lady Driver...

The reason of the post is to educate women about the important of being safe on the road. Many women who are car owners may not realize that over doing it with their car makes them an easy prey. Road bullies or predators may easily identify that the owner of the car is a woman by these criteria
  1. Car colors are bright such as pink or light blue.
  2. Flowery arrangement 0n the dashboard or all around the car.
  3. Teddy bears (especially collection), pillows, car sticker that indicates a woman is driving this car.
  4. Do not hang clothing that indicate the gender of the car owner.
All those thing can be done in order to personalize our car but overdoing it may makes you an easy target. How to identify a threatening situation and how react in that situation is also important.
  1. If driving at night and you believe that you are being followed, give signal indicating that you are allowing the car to overtake you.
  2. If the car do not overtake, maintain a distance between your car and the car behind you. Do not drive directly back to your house, drive to an area with a lot of traffics or flow of people.
  3. Try to look at the plate number and car’s features and go directly to the nearest police station.
  4. Avoid confrontation with any drivers that show hostile driving, do not respond by using vulgar signal or words.
  5. If experience breakdown or car problem, avoid secluded area with limited cell signal. Called immediately your mechanics, or close friends and provide them the details, stay in the car until help arrived.
  6. If helped arrived in forms of strangers notify him / her (the strangers) that you have contacted all your immediate friends and family and have provide them with the details, and do follow up by providing the strangers details such as plate number, car features, name or distinct traits.
~sourced:: Google.
These are some tips that can a woman driver needs to know. It is better to be safe than a sorry.

Ain said:: Prevention, Precaution & Playsafe....!! ^_^

Monday, 5 December 2011

Mrs. Vampire..! ahahah...

Nie pic time aku g nonton cite Twiling breaking dawn.part1 kat Times Square...

U all tgok da cite nih?? suke hati laaa.. nak tgok ke xnak labu....



Top: cardigan: no brand beli kat sunway penang
        shirt : pdi
long skirt: mak aku punye.. tp dah jd milik aku okeh.. ahah!
shawl:
2 lapis aku pkai.... style: arabic tocang tepi.. aku men sauk je.. haha... poyo gile..!
handbag: alfio raldo.... rembat mak aku pnye jugak.!
Red flats: Balalaca 

Sejarah Asyura

P/s: Hari nie Hari ke-9 Muharam, esok hari ke-10. Jom Puase jom! :)

Menurut tradisi masyarakat Islam,Nabi Muhammad saw melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Peristiwa2 pada hari 10 Muharram:

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz 
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril 
  • Nabi Adam a.s dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari api Raja Namrud 
  • Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah 
  • Allah menurunkan kitab Taurut kepada Nabi Musa a.s 
  • Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussien ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umayyah iaitu Khalifah Yazid.
Perkara Sunat yg dilakukan:

  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  3. Memuliakan fakir miskin
  4. Menahan marah
  5. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak
  11. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa
Ganjaran puasa:

Lalu apakah fadhillah (keutamaan) berpuasa pada hari ’Asyuura ini? Nabi Muhammad SAW berdoa agar sesiapa yang berpuasa ’Asyuura, agar Allah mengampuni dosanya selama satu tahun yang telah berlalu.

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Rasulullah SAW bersabda: ”Puasa hari ‘Asyura, aku memohon kepada Allah agar menjadikannya sebagai penebus (dosa) satu tahun sebelumnya.” (HR Muslim)


Hadis:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini(hari ke-10) adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).