Wednesday 30 October 2013

Salam Perkenalan: Hai Braxton Hicks!

Salam..

Ohh hye.. sehat?
Braxton Hicks.. Korang kenal?? Tony Braxton kenal??










hmmm.. so far... aku x rase lagi (xtau adakah dia @ tak) laaa braxton hicks ni.. atau pon... false alarm .!! ataupon contraction palsu...  tapi once kene.. kene laa. beware...

hmmm..

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika: Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.


Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang

2.Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

3.Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH

4.Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
 


Sumber:  http://www.babycenter.com.my/a1044757/kontraksi-braxton-hicks


p/s: yang pelesu ni pon da saket... inikan pulak yang sebenarnya.., Ya Allah... kuatkanlah hambamu ini.. Aminn...

Thursday 17 October 2013

Pembawakan budak ke?

Assalamualaikum...
Heh heh...

Korang penah tau ke pembawakan budak tu hape...?
hak hak... ntah laa aku pon xtau... org2 tua slalu kate..

Contoh ek? bagi aku...

Situasi 1:

ngidam: aku x la ngidam sgt... mak aku n suami aku yg lebih ngidam... cth: mak aku.. nak mkn satey la, pisang goreng laa... suami ku pulak --> nak mkn meatball laa.. ni pembawakan budak ke..?

Situasi 2:

Hanginnn 1 badan!! ni kes laki bini.. aku n suami ku... berangin badan.. sorang sendawa, sorang lagi pon turut serta... akkk ukkk akkk ukkk.. macam org tgh berurut.. suami ku siap masuk sepital la.. sbb kene gastrik. keciannn... kan kan.. ni pembawakan budak ke..? tempias ke suami.. hahaha.

Situasi 3:


Gatal2: hmmm.. yg ni aku baru kene.. dlm last week kot. gatal kat perot n tangan. pastu kaki pon.. dia mcm ruam2.. nak kate stretch mark xjugak. sbb stretch mark lain kaedah penumbuhannya.. hahah. aku early pregnancy mmg da plan xnak mark2 ni.. so.. aku apply minsyam olive lotion. Alhamdulillah.. x de la naek strechmark tu. tapi lately ni. perot ku naek ruam2.. bintat2.. kat certain2 tmpt.. mcm kene gigit nyamuk tuh.  Kemaen gatal lagi uuuu..... mengenyam ngenyam!! merah2 perot. ciannn... ni pembawakan budak ke..?   ni da g klinik.. amek ubat sapu.. hopefully its getting better laa.. aminnn...  hmmm.. ubat-ubatan kat gumah da mcm boleh bukak farmasi!! saket itu, saket ini.. haha.. bersabar ye sayang... ini sume dugaan..



minsyam olive lotion
recommended!! 


Situasi 4:

Lenguh kaki:: haa..... yang ni sgt terasa di akhir2 ni.. jalan sikit lenguh. So.. cik abg la jadi mangsa setiap hari.. urut me plissss..... hihi.... ni pembawakan budak ke..?


Situasi 5:

Mood Swing: kejap ok.. kejap x.. tetibe rase malas nak bercakap. rase malas! penat..! so.. senyap...... Zzzzz.... (sape jadi mangse? ----- tettt ------- ) hihihi... ni pembawakan budak ke..?





p/s:: today i am 34th weeks of pregnancy..!! yayyy! ♥♥♥













Wednesday 16 October 2013

Tanda-tanda Nak Bersalin

Hihi...
Hai Assalamualaikum..
heee... bagi ibu yg 1st timer nak bersalin cm aku ni.. pastinya menunggu saat itu sgt mendebarkan. Selalu terpikir.. cane laa aku ni kang.. hihi.. xpe nakk... kite tawakal.. berserah pada Allah. Semoga dipermudahkan ye. Amin...

So//
hari ni kite share pasal tanda-tanda nak bersalin.

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.
 Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.
 
Rutin pemeriksaan

1. Vaginal examination
Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

2. Cardiotopograph
Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4. Palpation
Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.
 
Proses kelahiran

1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
  • Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.
Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
  • Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

 2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

 3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.
 Info

Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital.

SUMBER:: http://pama.karangkraf.com/famili/kenali-tanda-awal-bersalin-1.80089





Friday 11 October 2013

Tempat beli barang baby






PWTC
PWTC

One baby world
One baby world

1. One baby world (cwgn permaisuri)
-sini adelaa aku g 2,3 kali... Sbb dekat., blk keje rase nak singgah.. Singgah... Hee... Ade la jugak bli brg.. Mcm2 ade. Tp baju bby xbyk laa..

2. Supermak Shop (wangsamaju)
- kedai bby pertama aku g. Pegi ngan cik abg, mak n ayah ku... Excited...!! Sini jual byk brg carter's, bumblebee.. Rompers cocomel.. Dll.. Aku bli ape jek kt sini ek... Habes la jugak rm200++ hrtu.. (mahal gak brg2 baby kan)??!

3. Pastu aku g baby fair (PWTC)
-teros terang... Baby fair byk brg lg murah.. Berbaloi baloi... Aku bli pampers la, bby wipes laa... Bli bundle senang..

4. Littlewhiz (setia alam)
- kitorg g sbb ade sales... Kalau x.. Xde nye., agak jauh dr rumah kot. So.. Not bad laa.. Less 10%++ la jugak time tu. Tp tgok gak brg pe.. Kitorg bli sesikit jek. Mane yg xde... pastu aku bli infant insert for baby carrier via on9. terbaik. order hrni.. esok da smpai.. www.littlewhiz.com

5. Tesco pon ade.. (cheras)

6. Aeon....(balakong & maluri)

7. Anakku(sg.besi)

8. Pasaraya Hari-hari pon in list gak...!! (sg.besi)

9. Sakaa nilai (sg.besi) - sini aku bli barang plastik.. Cm hanger bby, hanger bulat tu.,

11. Khafilah (sg.besi) - kedai ni aku g utk cr minyak telon, param n pilis.. Hee.. Confinement purposed. Hmm cite psl confinement ni.. aku prefer xnak consume jamu.. so.. take a look others. hee..

12. Bli on9 pon ade gak. Kat fb... Hihi... (setakat ni aku da purchased by on9 = tilam kelambu, manual breast pump, botlle rack)

13. Watson - cari thermometer + vicks baby.

14. Baby sales (Ampang point) - xbanyak barang,,, aku bli baju 2 helai je kot...

15. Baby sales (Sogo) - same gak.. Aku bli baju 4 helai je sini..

Hmmm.. Tu je laa setakat ni... Barang mostly da beli. Beli mane yg penting jek.. Utk travel cm stroller ke, car seat.. Xbli lagi.. InsyaAllah coming soon ye anak...


P/s: semenjak menjak da nak jadik ibu ni... Nmpk baju bby mesti rase mcm nak beli jek!! 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 10 October 2013

Ini adalah utk kenang- kenangan




















Assalamualaikum
Hee... Mood nak upload sume gamba tgh mengembang dgn jayanya
Skrg g keje da x pakai baju kurung da...
Pakai uniform preggy n jubah je
Mlm selesa pakai t shirt cik abg...
Kami da mcm same besau... Berlawan lawan perot meninggi.. Haha..
Xpe la nak... Membesarlah seperti juara janji anak ibu sehat sempurna ye dak?!!
Muaahhh muahhh...


P/s: Ibu!! Anak sudah 33w da ibu...!! ^_^ nanti anak da besau anak jadi follower ibu k!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Beg Cap ibu & Anak

♥♥♥




Salam...
Hmm.. Hmmm
Akhirnya... Alhamdulillah Setel gak nak kemas beg ibu n anak utk ke hosptital nnt
Ape ade dlm??
Alaaaa.... Starter kit utk baby n stuff for mummy la kann
Heee...





Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 1 October 2013

7 Mutiara kata untuk ibu mengandung dalam Al-Quran

 Assalamualaikum hai hai..
Copy n paste. untuk pengetahuan. Sharing is loving kannn..



1. ... dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;
Al-Hajj 22:5

2. ... ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
Luqman 31:14

3. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung).
Luqman 31:34

4. ... dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah.
Fussilat 41:47

5. ... ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Al-Ahqaf 46:15

6. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".
Al-A'raaf 7:189

7. Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita.
Az-Zumar 39:6



Sumber : http://www.surah.my/




p/s: semoga dipermudahkan semuanya.. amin..