Thursday 1 August 2013

23rd Week: HB Rendah = Anemia

Assalamualaikum readers,

Mode: mcm doctor - doctor.. heee

hihi... bakal ibu nak cite ni..

HB = hemoglobin.
tadi g checkup. pastu check HB.. 10.3 je u oollss..
Normal : 12++
Haiihh.. haihhh...

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Kurang pengambilan asid folik(batu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(batu peyerapan zat besi dalam badan)
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.
Tanda2 kekurangan zat besi:
  • - Badan letih dan lesu
  • - Kulit kelihatan pucat
  • - Sering hilang fokus
  • - Semput
  • - Sakit kepala dan pening
  • - Jantung berdebar dengan cepat
  • - Sering lupa
  • - Tersangat kurus
  • - Loya

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Kepada ibu : Ala- ala... minta dijauhkan
  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin
Kepada Janin : Ala- ala... minta dijauhkan
  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut

tadi dpt info dr nurse kat KK Tanglin:
-kalau dpt vitamin ke ape2 ke. jgn skip. makan!! vitamin zat besi tu seeloknya mkn minum dgn jus juah vitamin C. Cth: Oren ke, manggo ke... masam2 gitu. 
- jgn minum dgn susu/ tea/ caffeine sbb xlarut/ potong zat. 
- mkn vitamin 2 jam selepas perut kosong dan mkn ape2 slps 2 jam berikutnya. (selalu mkn lepas sahur) failed da situ.. haha. 
- mkn  mknn yg boleh tambah darah cth: bayam merah, sayur mayur hijau, kekacang mcm tempe, kismis, hati, daging merah...



 P/s: mintak2 pasni ok... Abanggg... Abanggg... please suap I mkn obat hari2 pasni k!!?.. lala...~



No comments:

Post a Comment